Covid 19 - DS Najib Razak minta kerajaan benarkan pencarum KWSP keluarkan simpanan

najib gesa kerajaan keluarkan simpanan kwsp

KUALA LUMPUR:  Datuk Seri Najib Razak menggesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) supaya memberi kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian dari baki akaun dua simpanan mereka pada masa yang amat susah sekarang bagi  menghadapi kesusahan akibat wabak Covid-19..

“Sebagai ganti rugi dan juga untuk memulihkan simpanan usia tua pencarum yang telah terjejas, kerajaan PN patut memberi peluang kepada KWSP untuk mendapat projek-projek khas yang memberi pulangan besar seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan BN (Barisan Nasional) masa saya PM dengan projek Battersea, projek Kwasa Damansara dan pampasan tahunan kepada PLUS,” katanya lagi.

“KWSP patut menimbangkan langkah memberi kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada baki akaun 2 simpanan mereka pada masa yang amat susah sekarang,” kata bekas Perdana Menteri di akaun Facebook.

Anggota Parlimen Pekan itu berkata, sebagai ganti rugi dan bagi memulihkan simpanan usia tua pencarum yang terjejas,  kerajaan perlu memberi peluang kepada KWSP untuk mendapat projek khas yang memberi pulangan besar.

“Seperti apa saya lakukan ketika menjadi Perdana Menteri dengan projek Battersea, Kwasa Damansara dan pampasan tahunan kepada PLUS,” katanya lagi.

Katanya,  Bank Negara Malaysia (BNM) sewajarnya menggalakkan semua bank untuk memberi pilihan kepada semua peminjam untuk tawarkan bayaran pembiayaan untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan seperti tempoh enam bulan yang ditawarkan oleh Bank Rakyat, SME Bank dan TEKUN.

“BNM boleh tawarkan dana pinjaman khas pada kadar faedah paling rendah kepada bank-bank swasta tersebut sebagai gantirugi akibat tangguhan pembiayaan bulanan.

“BNM juga patut mengecualikan bank-bank untuk mengira kesan dari penangguhan bayaran ansuran ini dalam pengiraan Non-Performing Loan,” tambahnya.

0 Response to "Covid 19 - DS Najib Razak minta kerajaan benarkan pencarum KWSP keluarkan simpanan"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel