Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak | Tarikh Tutup: 31 Januari 2020

Permohonan Jawatan Kosong Kerajaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Kami hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan bagi memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah.

jawatan kosong 2020 majlis agama islam dan adat melayu perak

Maklumat Jawatan Kosong:
Nama Majikan: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
Kelayakan Akademik: SPM/Diploma
Lokasi Kekosongan: Negeri Perak Darul Ridzuan
Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2020 (Jumaat)

Sekiranya anda, seorang Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berminat, adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan bagi jawatan seperti yang diiklankan dibawah:

  1. Penolong Juruaudit Gred W29
  2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Untuk memohon, pastikan anda ikuti langkah memohon kerja kosong terkini yang telah ditetapkan majikan. Lihat juga senarai jawatan kosong terkini 2020

Syarat Kelayakan:
Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dengan kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
  • Diploma/Ijazah dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Selain itu, calon-calon juga perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
  • Memiliki integriti yang tinggi, keperibadian yang dinamik, kemahiran analitikal, efisien, proaktif, berfikiran positif, jujur dan amanah, sanggup menerima cabaran dan mampu bekerja secara berdikari dan dalam kumpulan
  • Sihat tubuh badan untuk melaksanakan tugas
  • Mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain

Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang:
  • Berpengalaman
  • Komited menjalankan tugas
    ( Sila rujuk syarat-syarat kelayakan terperinci di laman web rasmi terlebih dahulu)

    Kelebihan: 
    • Gaji ditetapkan mengikut kelayakan dan pengalaman
    • EPF, SOCSO & EIS
    • Cuti Tahunan
    • Cuti Sakit dan lain-lain 

    Cara Memohon:
    Permohonan jawatan kosong terkini di atas boleh dilakukan melalui Borang Permohonan yang boleh dimuat turun melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Sila ikut arahan seperti dibawah.

    Klik pautan di bawah dan  rujuk maklumat  terperinci permohonan dan syarat-syarat kelayakan lantikan dan perkhidmatan untuk memohon jawatan tersebut.

    • Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.
    • Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada alamat seperti berikut.
    • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

    Ketua Pegawai Eksekutif
    Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak
    Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
    (u.p.: Bahagian Khidmat Pengurusan, Sub-Unit Perjawatan)

    0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak | Tarikh Tutup: 31 Januari 2020"

    Post a Comment

    Iklan Atas Artikel

    Iklan Tengah Artikel 1

    Iklan Tengah Artikel 2

    Iklan Bawah Artikel