Jawatan Kosong Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) | Tarikh Tutup: 24 Jun 2019

Permohonan Jawatan Kosong Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara SEMENTARA / TETAP seperti berikut :

JAWATAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

1. Pegawai Perubatan UD43 - UD54

2. Pegawai Sains C41

3. Pegawai Keselamatan KP41

4. Pegawai Tadbir N41

5. Pegawai Penyelidik Q41

6. Pegawai Kewangan W41

JAWATAN KUMPULAN PELAKSANA

1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29

2. Penolong Jurutera JA29

3. Penolong Pegawai Keselamatan KP29

4. Penolong Pegawai Tadbir N29

5. Penolong Pegawai Perubatan U29

6. Jururawat U29

7. Juruteknologi Makmal Perubatan U29

8. Jurupulih Perubatan (Fisioterapi) U29

9. Penolong Pegawai Farmasi U29

10. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

11. Pembantu Makmal C19

12. Pembantu Kemahiran H19

13. Pembantu Keselamatan KP19

14. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N19

15. Pegawai Khidmat Pelanggan/ Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N19

16. Pembantu Belia dan Sukan S19

17. Pembantu Hal Ehwal Islam S19

18. Pembantu Akauntan W19

19. Pemandu Kenderaan H11

20. Pengawal Keselamatan KP11

21. Pembantu Perawatan Kesihatan

1. PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi pada Jadual Gaji Minimum Maksimum (JGMM) boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UTHM berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.

2. IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED GAJI)

Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan / Imbuhan Tetap Keraian / Imbuhan Tetap Khidmat Awam / Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain elaun yang berkuat kuasa.

3. SYARAT KEWARGANEGARAAN DAN UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN)

Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak lebih 54 tahun pada tarikh lantikan.

4. CARA MEMOHON

(a) Permohonan adalah secara atas talian (online) sepenuhnya. Sila patuhi arahan-arahan berkaitan.

(b) Borang Permohonan serta salinan dokumen sokongan berkaitan jawatan yang dipohon TIDAK PERLU dikemukakan kepada pihak UTHM. Hanya calon yang dihubungi oleh pihak UTHM sahaja perlu mengemukakan dokumen sokongan berkaitan.

(c) Sebarang pertanyaan sila kemukakan secara e-mel kepada perjawatan@uthm.edu.my.

5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan secara atas talian perlu dikemukakan sebelum atau selewatnya pada 24 JUN 2019 (ISNIN)

6. KETERANGAN AM

(a) Hanya calon yang berjaya di senarai pendek sahaja akan dihubungi bagi tujuan pemilihan/temu duga.

(b) Calon yang tidak dihubungi sehingga tamat tempoh sahlaku permohonan hendaklah beranggapan bahawa permohonan TIDAK BERJAYA.

(c) TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama sembilan (9) bulan dari tarikh tutup permohonan yang telah ditetapkan.

Berlangganan untuk dapatkan info pekerjaan kosong setiap hari melalui email :

0 Response to "Jawatan Kosong Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) | Tarikh Tutup: 24 Jun 2019"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel