Permohonan & Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG) 2019 Untuk Calon Guru PISMP lulusan SPM • Terbuka Untuk Seluruh Negeri | Tarikh Tutup: 25 Mac 2019

PERMOHONAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) AMBILAN 2019 DIBUKA


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan kepada calon-calon yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi pengambilan tahun 2019

Calon-calon yang mempunyai minat dan beriltizam, komited serta dedikasi dalam profesion perguruan adalah digalakkan memohon

Bagaimanapun, calon perlu memenuhi serta menepati kriteria syarat dan kelayakan asas sepertimana yang telah ditetapkan.

KETERANGAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

  1. Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah
  2. Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan atau 2 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM
  3. Pemohon yang lulus PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun atau 8 semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
  4. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PPISMP ) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PISMP) dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa

SYARAT & KELAYAKAN ASAS

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2019 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1999. Sekiranya anda lahir sebelum 30 Jun 1999 anda tidak layak memohon (Anda akan ketahui sama ada umur anda layak untuk membuat permohonan kerana sebaik sahaja permohonan dibuka, sistem akan terlebih dahulu membuat tapisan awal berkenaan umur pemohon. Jika layak, baru anda dibenarkan mendaftar seterusnya membuat permohonan PISMP secara online)
  • Sihat tubuh badan
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang (Gred cemerlang merangkumi gred A+, A dan A-) dalam mana-mana 5 mata pelajaran (syarat minimum)
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut, iaitu: 
  1. Bahasa Melayu
  2. Sejarah
  3. Lulus Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan


KELEBIHAN MENERUSKAN PENGAJIAN DI IPG

  • Elaun bulanan
  • Tidak dikenakan yuran pengajian
  • Modul pengajian berbentuk latihan
  • Bebas daripada pinjaman PTPTN

CARA MEMOHON:

Permohonan hanya boleh dibuat secara online dengan melayari laman sesawang PISMP, Kementerian Pendidikan Malaysia mulai 19 Mac 2019

KLIK pautan gambar  Apply Now  di bawah dan rujuk maklumat terperinci permohonan dan syarat-syarat kelayakan lantikan dan perkhidmatan tersebut.

Berlangganan untuk dapatkan info pekerjaan kosong setiap hari melalui email :

0 Response to "Permohonan & Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG) 2019 Untuk Calon Guru PISMP lulusan SPM • Terbuka Untuk Seluruh Negeri | Tarikh Tutup: 25 Mac 2019"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel